Selasa, 15 Mei 2012

TAKLIMAT GURU SKPG1

MAKLUMAN TERKINI !!!!!

TAKLIMAT BERSAMA PENTADBIR

Masa: 1.15 P.M
Tempat: Bilik Mesyuarat SKPG1
Tarikh : 15 Mei 2012

 

Read More......

PERTANDINGAN FUTSAL @ BOLA JARING PERINGKAT SKPG1

Makluman


Kepada Semua Warga SKPG1,
Pertandingan Futsal @ Bola Jaring peringkat Sekolah akan diadakan pada ketetapan berikut:


Hari : Rabu ( UNTUK MURID TAHUN 6 SAHAJA )
Tarikh: 16 Mei 2012
Masa: 3 Ptg - 6 Ptg

Hari : khamis ( UNTUK MURID TAHUN 5 SAHAJA )
Tarikh: 17 Mei 2012
Masa: 3 ptg - 6 ptg

Hari : Isnin ( UNTUK MURID TAHUN 1,2,3,4 )
Tarikh: 21 Mei 2012
Masa : Akan diberitahu.


Hari : Rabu ( PERLAWANAN AKHIR )
Tarikh: 23 Mei 2012
Masa : Akan diberitahu.


Semua murid dan guru terlibat


"MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA "





Read More......

Rabu, 4 Januari 2012

SUKATAN TERKINI

Kebanyakan fail telah dikecilkan. Sila muat turun program Winrar di bawah untuk menggunakan fail tersebut. Kami sedia menerima sebarang cadangan bahan dan hantar kepada webmaster melalui email : rebung7@yahoo.com
 
*Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam
(Takwim SKSI 2011)
  Tahun 1 - Tahun 2 - Tahun 3
  Tahun 4 - Tahun 5 - Tahun 6
*Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab
(Takwim SKSI 2011)
  Tahun 1 (KSSR) - Tahun 2 - Tahun 3
  Tahun 4 - Tahun 5 - Tahun 6
* Jadual Tasmik & Khatam Al-Quran Tahun 1, 2, 3, 4 & 5
* Sukatan Bahasa Arab SR

* HSP Bahasa Arab
  Tahun 1 - Tahun 2 - Tahun 3
  Tahun 4 - Tahun 5 - Tahun 6


*Borang PKSR Bahasa Arab Tahun 1, 2 & 3


SUMBER: http://www.sksaujanaimpian.com/muat.htm

Read More......

SUKATAN PELAJARAN

Rancangan Pengajaran KSSR Tahun 1 -> klik di sini

Bahasa Melayu

TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Bahasa Inggeris
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Matematik
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
HSP TAHUN 4,
(Disumbang Oleh En. Osman Said)
TAHUN 5, TAHUN 6.


Sains
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Pendidikan Seni Visual
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Pendidikan Muzik
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Bahasa Arab
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.

Pendidikan Islam
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.

j-QAF
TAHUN 1,TAHUN 2, THN 3/1, THN3/2

Kajian Tempatan
TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6.

Sivik Dan Kewarganegaraan
TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6.

Kemahiran Hidup
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.

SUMBER:http://cikguazman.blogspot.com

Read More......

Jumaat, 30 Disember 2011

Cara Menghafal Al-Quran? - Sheikh Abdus-Salam Bali



"Saya bukanlah di kalangan orang yang bagus hafalannya.  Namun di dalam hati tidak pernah lekang rasa ingin menghafal banyak ayat-ayat al-Quran.
<span class="fullpost">  Supaya apabila dapat menghafal ayat-ayat al-Quran yang banyak, maka dapatlah mencontohi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, para sahabat Baginda, tabi`in, tabi`ut tabi`in dan orang-orang yang soleh selepas mereka yang berdiri lama tatkala mereka mendirikan solat malam seorang diri kerana membaca kalam-kalam mulia dari ALLAH Jalla wa A`la.

Semoga saya dan kalian semua dikurniakan keazaman, kesungguhan dan dijauhkan dari sifat malas dan putus asa selepas mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali (semoga beliau dipelihara ALLAH) berikut:


Daripada penerangan Sheikh, dapat saya fahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut:

1)  Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

(Mesti 10 kali.  Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang.  Cara ini salah.  Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)

Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

2)  Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.

3)  Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali.  Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.

4)  Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.

Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek.  Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?

1)  Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal itu.  Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf.  Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris berkenaan.

Perbuatan begini, insyaALLAH akan melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda.  Anda tidak akan lupa, insyaALLAH.  Segala puji bagi ALLAH.  Kenapa?

Kerana apabila anda membacanya sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda.  InsyaALLAH ia akan melekat kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.

Berikut adalah satu lagi video penerangan oleh Sheikh Abdus-Salam Bali: 
Tentu ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menghafal al-Quran.  Cara di atas hanyalah salah satu daripadanya.  Semoga ALLAH Ta`ala memberkati Sheikh atas ilmu yang dikongsikan.  Juga buat insan yang sudi berkongsi video ini kepada umum melalui youtube, semoga ALLAH Ta`ala memberkati mereka juga, amin…

Semoga ALLAH memuliakan saya dan tuan/puan dengan al-Quran yang mulia, amin.

Read More......

Khamis, 29 Disember 2011

08. ANALISIS HURUF


Setelah Bab Makhraj Huruf dan Sifat Huruf dibincang secara berasingan, sekarang dilihat pula Makhraj dan Sifat bagi setiap huruf secara serentak.
1. Huruf ا
· Bermakhraj Muqaddar
· Selama-lamanya tidak menerima baris
· Bersifat Rakhawah dan Infitah
· Huruf Jawfiyyah atau Hawaiyyah
· Huruf yang paling banyak fungsi antaranya :
o Huruf Mad
o Huruf Muqatta‘ah
o Alif Tathniyah
o Alif Jama’
o Hamzah Wasal
o Rumah Hamzah
2. Huruf ب
· Kedua-dua Bibir tertutup rapat ketika menyebutnya
· Bersifat Jahr, Syiddah, Istifal, Infitah dan Qalqalah
· Sama seperti Huruf ‘B’
· Huruf Syafahiyyah atau Syafawiyyah
3. Huruf ت
· Hujung Lidah disentuhkan ke Umbi Gigi Thanayah Atas
· Bersifat Syiddah, Istifal, Infitah dan Istitalah
· Hendaklah dijaga supaya tidak mengeluarkan Bunyi lebihan ketika berbaris Mati
· Sama seperti Huruf ‘T’
· Huruf Nita‘iyyah
4. Huruf ث
· Hujung Lidah disentuhkan ke Hujung Gigi Thanayah Atas
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah
· Huruf Lithawiyyah
5. Huruf ج
· Tengah Lidah disentuhkan ke Langit-langit Keras
· Bersifat Syiddah, Jahr, Istifal, Infitah dan Qalqalah
· Huruf Syajariyyah
6. Huruf ح
· Tengah Halqum disempitkan
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah (sama seperti Huruf ث )
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Halqiyyah
7. Huruf خ
· Hujung Halqum disempitkan
· Berhati-hati supaya tidak dinaikkan ke Langit-Langit Lembut
· Bersifat Rakhawah, Isti’la, Infitah dan Istitalah
· Huruf Halqiyyah
8. Huruf د
· Sama Makhraj seperti Huruf ت
· Bersifat Syiddah, Jahr, Istifal, Infitah dan Qalqalah
· Berhati-hati supaya tidak disentuhkan Hujung Lidah ke langit-langit ketika menyebutnya seperti Huruf Dee (D)
9. Huruf ذ
· Sama Makhraj seperti Huruf ث
· Bersifat sama seperti Huruf ث kecuali Sifat Jahr
10. Huruf ر
· Hujung Lidah dirapatkan ke Gusi Gigi Atas tetapi tidak bersentuh
· Keseluruhan Lidah dirapatkan ke Langit-langit ketika Tebal
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah ketika Nipis
· Berhati-hati supaya tidak bersifat Takrir
· Ketika Nipis ianya dikategorikan ke dalam Huruf-Huruf Far‘i
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Zawalqiyyah
11. Huruf ز
· Hujung Lidah bersentuh Papan Gigi Bawah
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Safir
· Huruf Asaliyyah
12. Huruf س
· Makhraj sama dengan Huruf ز
· Bersifat sama seperti Huruf ز kecuali Sifat Jahr
· Huruf Muqatta‘ah
13. Huruf ش
· Huruf Tengah Lidah berpanjangan sehingga Hujung Lidah
· Hujung Lidah tidak bersentuh dengan mana-mana bahagian Mulut
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Tafasysyi
· Huruf Syajariyyah
14. Huruf ص
· Sama Makhraj seperti Huruf س kecuali keseluruhan Lidah diangkat ke Langit-langit
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Itbaq, Istitalah dan Safir
· Huruf Muqatta‘ah
15. Huruf ض
· Hujung Lidah bersentuh dengan Papan Gigi Atas
· Tepi Lidah bersentuh dengan Papan Gigi Geraham Atas yang setentang dengannya
· Bersifat Jahr, Syiddah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah
· Salah satu huruf yang tidak sama disebut semasa berbaris Mati ketika di tengah dan di akhir bacaan
· Sekiranya ia berbaris Mati dan terletak di tengah kalimah, huruf selepasnya disebut sebelum suaranya tertahan menjadikannya seolah-olah bersifat Rakhawah
· Tiada gelaran diberi kepada Huruf ض
· Ada yang mengkategorinya sebagai Huruf Syajariyyah
· Ada yang mengkategorinya sebagai Huruf Janabiyyah (gelaran ini tidak disebut oleh AlKhalil)
16. Huruf ط
· Sama Makhraj seperti Huruf ت kecuali keseluruhan Lidah diangkat dan bersentuh dengan Langit-langit
· Bersifat Syiddah, Isti’la, Itbaq dan Qalqalah
· Huruf Muqatta‘ah
17. Huruf ظ
· Sama Makhraj seperti Huruf ذ kecuali keseluruhan Lidah diangkat ke Langit-langit
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Itbaq, Isti’la dan Istitalah
· Pastikan ianya tidak mengeluarkan Sifat Safir ketika menyebutnya
18. Huruf ع
· Sama Makhraj seperti Huruf ح
· Bersifat Syiddah, Infitah, Istifal dan Istitalah
· Salah satu huruf yang tidak sama ketika berada di tengah kalimah dan di akhir bacaan semasa berbaris Mati
· Sekiranya terdapat huruf selepas ع berbaris Mati, huruf tersebut hendaklah disebut sebelum suara huruf ع tertahan seolah-olah ianya bersifat Rakhawah
· Huruf Muqatta‘ah
19. Huruf غ
· Sama Makhraf seperti Huruf خ
· Bersifat sama seperti Huruf خ kecuali Sifat Jahr
· Pastikan tidak disebut di Pangkal Lidah
20. Huruf ف
· Huruf Bibir
· Gigi Atas dirapatkan ke Perut Bibir Bawah
· Bersifat Rakhawah, Infitah, Istifal dan Istitalah (sama seperti Huruf ث dan Huruf ح )
· Sama serti Huruf ‘F’
· Huruf Syafahiyyah
21. Huruf ق
· Huruf Pangkal Lidah
· Bersifat Syiddah, Infitah, Isti’la dan Qalqalah
· Pastikan sebutannya tidak ke dalam Halqum
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Zalaqiyyah
22. Huruf ك
· Huruf Pangkal Lidah dekat dengan Huruf ق
· Bersifat Syiddah, Infitah, Istifal dan Istitalah
· Sama seperti Huruf ‘K’
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Zalaqiyyah
23. Huruf ل
· Sama Makhraj seperti Huruf ر
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah ketika Tebal atau Taghlidz
· Sama seperti Huruf ‘L’
· Huruf Muqatta‘ah
24. Huruf م
· Sama Makhraj seperti Huruf ب
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ghunnah dan Istitalah
· Huruf Muqatta‘ah
25. Huruf ن
· Sama Makhraj seperti Huruf ل
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ghunnah dan Istitalah (sama seperti Huruf م )
· Berhati-hati supaya tidak disentuh Hujung Lidah dengan Gigi
· Huruf Muqatta‘ah
26. Huruf و
· Sama Makhraj seperti Huruf م kecuali Bibir tidak bersentuh
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah
27. Huruf ه
· Huruf Pangkal Halqum
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Khafa’
· Salah satu Huruf yang tidak sama ketika berada di tengah bacaan dan di akhir bacaan semasa berbaris Mati
· Ketika berada di akhir bacaan, Suaranya terhabis
· Sekiranya terdapat huruf selepas Huruf ه Mati, Huruf tersebut hendaklah disebut sebelum suara Huruf ه terhabis
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Halqiyyah
28. Huruf ء
· Huruf Tali Suara
· Bersifat Syiddah, Istifal, Infitah dan Istitalah
29. Huruf ي
· Sama Makhraj seperti Huruf ج kecuali Tengah Lidah tidak disentuh ke Langit-langit
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah (sama seperti Huruf و )

sumber: http://allibani-gurutajweed.blogspot.com/

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...