Jumaat, 29 Jun 2012

UST W.ARIF BERSAMA PENYOKONG RED WARRIOS

Ust.W.Arif dilantik menjadi Imam kepada penyokong The Red Warrios untuk Solat Maghrib berjamaah setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium SSMIV. Üst W.Arif selepas mengimani solat Maghrib perlawanan Kelantan vs Selangor

Read More......

Khamis, 28 Jun 2012

Cara Mengetahui Juzuk Al-quran Melalui Matematik

"Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Jom sama-sama kita belajar…


Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala…

Read More......

Selasa, 26 Jun 2012

PERSEMBAHAN PASUKAN KOMPANG DI CIMB BANK

Pasukan Kompang membuat persembahan di Cimb Bank Kota Bharu pada hari ini ,( 26/6/2012 )
Guru Pengiring dibawa ke meja jamuan
Murid2 juga dibawa ke tingkat atas untuk menjamu selera
 Setiap Murid mendapat Cendermata daripada Pengurus Cimb
Cikgu Zulkanain tersenyum dan terkejut kerana guru pengiring juga diberi cenderhati 
oleh Pengurus Cimb Bank
 Kenangan Pasukan Kompang SKPG1
Tepat Jam 11.30am, Pasukan Kompang SKPG 1 siap membuat persembahan dan pulang ke SKPG1.
Mengikut Pihak CIMB Bank Cawangan Kota Bharu, mereka akan membekalkan juga sijil penghargaan kepada murid2 yang terlibat menjayakan perlancaran "BIJAK 1 MALAYSIA " TABUNGAN UNTUK ANAK2


Read More......

Isnin, 25 Jun 2012

MUHD IZZUDIN DARI SKPG1 TERPILIH

Pemilihan Pemain Bola Sepak mewakili Malaysia ke Saitama,Jepun 20-30 Julai 2012.
Muhd Izzudin b. Ahmad Nazihan dari SK.Padang Garong 1 dipilih untuk pemilihan ini, jika ada rezeki, beliau bakal mewakili Malaysia dan seterusnhya mengharumkan nama SKPG 1 di persada Negara. Kita sama2 doakan kejayaan beliau.Ucapan terima kasih daripada Guru Besar kepada adik Muhd Izudin kerana beliau merupakan pelajar pertama dibawah pentadbirannya yang julung2 kali yang mengharumkan nama sekolah, dan terima kasih juga kepada jurulatih Bola Sepak Sekolah Cikgu Zulkanain, Ustaz Abdullah dan Cikgu Mazlan. Tahniah, Tahniah, Tahniah.

Read More......

Ahad, 24 Jun 2012

PERHIMPUNAN DIHOSKAN 3 BAHASA

Perhimpunan Mingguan hari ini dihoskan oleh 3 orang murid dengan 3 bahasa iaitu, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Tamil

Read More......

Rabu, 20 Jun 2012

IBU UST ABDULLAH MENINGGAL

20 Jun 2012,( Rabu ) Berita yang baru diterima ,Ibu kepada Ust. Abdullah Meninggal Dunia Tenghari ini. Sama2 kita hadiahkan bacaan Al- Fatihah supaya rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yang dirahmati Allah S.W.T



Sekiranya ada kelapangan waktu, marilah kita sama2 menziarahinya .

Menurut Cikgu Zulkanain yang berhubung dengan Ust. Abdullah ,diberitahu oleh Ust, bahawa Ibunya akan dikebumikan selepas Solat Asar.

Read More......

SEJENAK BERSAMA GURU BESAR

-TAKLIMAT AKAN DIADAKAN PADA JAM 1.15 TENGHARI

-TEMPAT DI MAKMAL KOMPUTER

Guru2 diingatkan supaya membawa bersama :

1.Buku Pengurusan

2.Jadual Kedatangan Murid

3.Buku Catatan Mesyuarat

Sila Hadir

Read More......

Peperiksaan Hari ketiga


Peperiksaan hari ini hanya tahap 2 yang terlibat, tahap 1 belajar seperti biasa

Read More......

Selasa, 19 Jun 2012

PEPERIKSAAN HARI KEDUA

Hari ini peperiksaan masuk hari kedua.Murid2 sentiasa ceria untuk menempuh peperiksaan berikutnya.Disini 

rujukan jadual pengawas Tahap 2 
 9.15am peperiksaan PAI dan Moral sedang berjalan, Lawatan PK Hem ke dewan peperiksaan

Murid2 tekun menjawab

Read More......

Isnin, 18 Jun 2012

FACEBOOK SEKOLAH

UNTUK MENDAPAT GAMBAR AKTIVITI SKPG1 SILA LIKE FACEBOOK SK PADANG GARONG 1 ( http://www.facebook.com/pages/SK-Padang-Garong-1/336483733087950 )


Read More......

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Jadual bertugas guru yang mengawal peperiksaan hari ini sila ambil di pejabat sekolah.Disini Jadual bertugas guru tahap 2 Suasana bilik peperiksaan tahun 6 dan 5 Bistari

Read More......

Ahad, 17 Jun 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula esok,18/6/2012 ( ISNIN ). Murid2 diharapkan mengulangkaji matapelajaran yang akan mereka hadapi.Peperiksaan ini akan menentukan kedudukan kelas murid2 untuk tahun hadapan.Pastikan murid2 tidur awal dan sentiasa berdoa kepada Allah.Guru2 SKPG1 mendoakan kejayaan murid2 semua.

Read More......

Sambutan Israk Mikraj

Ceramah Israk Wal Mikraj di sampaikan oleh Ust Zulkenan Jusoh dalam perhimpunan pagi.

Read More......

Khamis, 14 Jun 2012

LAPORAN TERKINI PASUKAN KOMPANG DAN CORAL SPEAKING

7.45am- persiapan terakhir pasukan kompang dan Choral Speaking sebelum bertolak ke tempatpertandingan

8.00am- Bertolak dari SKPG1 ke SM Pachor Perdana

8.20am- Sampai di SM Pancor.

8.40am- Majlis pergundian pasukan dijalankan. SKPG1 dipilih pasukan pertama membuat persembahan.

9.00am- SKPG1 baru selesai membuat persembahan.

11.00am- Semua pasukan yang bertanding memberi persembahan yang mantap.

11.30am- Rehat.

11.40am- Keputusan Kompang peringkat Sekolah Rendah : Johan:SK PC, naib Johan: SK.Dato Hashim, SKPG1 tempat ke 3. ketogeri Sekolah Menengah dimenangi oleh SM Pengkalan Chepa.

12.00pm- Choral Speaking SKPG1 dikhabarkan mendapat tempat ke 3. Apapun sekalung tahnniah atas kejayaan,itu saja kemampuan kita,insyallah tahun hadapan kita mampu memecah kebuntuan untuk menjadi johan, sama-sama kita usahakannya.

12.45pm- Sampai ke Sekolah

Read More......

Rabu, 13 Jun 2012

SELAMÀT BÈRTÀÑDÏÑG

Persiapan terakhir hari ini pasukan Kompang dan Choral speaking.Esok ( Khamis bersamaan 14 Jun 2012 ) Pasukan choral Speaking akan bertandang ke SM Ahmad Maher manakala Pasukan Kompang akan berentap di SMK Pancor Perdana

Read More......

Selasa, 12 Jun 2012

JOHAN CHORAL SPEAKING QIT BANDAR 2012

Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 menjadi Johan Pertandingan Choral Speaking peringkat QIT Bandar 2012 yang diadakan semalam.Pertandingan ini diadakan di SK.Sri Bemban. SKPG1 akan mewakili QIT Bandar ke peringkat daerah pada hari Khamis 15 Jun 2012 bertempat di SM Dato Ahmad Maher.Warga SKPG1 mendoakan kejayaan

Read More......

Ahad, 10 Jun 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke Sekolah kepada semua warga SKPG1.Semoga ceria dan semangat baru

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...