Selasa, 31 Julai 2012

Peperiksaan masuk hari kedua.

11 Ramadhan 1433H. Jadual peperiksaan tahap 2.

Read More......

Ahad, 29 Julai 2012

Taddarus Al-Quran hari ke 9 Ramadhan 1433H

Diketuai oleh Ust Abdullah

Read More......

PERASMIAN IFFTAR RAMADHAN 2012

9 Ramadhan, Perasmian Ifftar Ramadhan dirasmikan oleh Tn.Guru Besar SKPG 1

Read More......

Khamis, 26 Julai 2012

Bonus Aidilfitri: Cuepacs ucap terima kasih



25 Julai 2012
logo cuepacs
Cuepacs
 KUALA LUMPUR  - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja  Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
 
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus dan bayaran khas yang akan dibuat pada 9 Ogos itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
 
Omar turut berharap penjawat awam dan pesara kerajaan akan menggunakan pemberian bonus dan bayaran khas itu dengan sebaik-baiknya.
 
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata, bayaran khas itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap para pesara yang dahulunya pernah berkhidmat dan berkorban tenaga dalam proses pembangunan negara.
 
Katanya ini menunjukkan Najib, seorang pemimpin yang bersikap mulia dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam serta pesara kerajaan.
 
Pesara kerajaan hendaklah menggunakan bonus secara berhemah, berjimat-cermat untuk melakukan perkara yang berfaedah, katanya.
 
Bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, beliau menasihatkan mereka harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang boleh diterjemahkan untuk kejayaan negara. - Bernama

Read More......

PM: Bonus raya setengah bulan



25 Julai 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama

Read More......

Rabu, 25 Julai 2012

Wahai Wanita, Nabi Menangis Melihat Azabmu Di Neraka


Agama

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?


Beliau bersabda:
  • Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
  • Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
  • Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
  • Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
  • Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang :
  • Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
  • Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
  • Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
  • Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
  • Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
  • Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
  • Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
  • Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
  • Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
  • Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah… maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Read More......

Ahad, 22 Julai 2012

TADARRUS AL-QURAN



Tadarrus Al-Quran Tahap 2 diketuai oleh Ust.Zulkenan dan diikuti guru2 dan murid

Read More......

Jumaat, 20 Julai 2012

SELAMAT BERPUASA 1433 HIJRAH


DARIPADA: WARGA SKPG 1

SEKIRANYA ANDA ADA MASALAH TENTANG HUKUM2 PUASA SILA KLIK PADA HALAMAN SEBELAH KIRI YANG DISEDIAKAN.

Read More......

Khamis, 19 Julai 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI & IKATAN SKPG 1 2012

Pertandingan Kawad Kaki dan Ikatan pada 18.7.2012 ( Rabu ) begitu meriah.Semua guru terlibat secara langsung dan tidak langsung. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPG 1.Antara gambar aktiviti:


Cikgu Yahya sedang memeriksa ikatan wakil daripada Persatuan Putri Islam

Read More......

Selasa, 17 Julai 2012

Spelling Competition 2012

Spelling Competition 2012 Peringkat Qit Bandar. SKPG1 menjadi tuan rumah.

 Suasana ketika pertandingan 

Penolong Kanan Pentadbiran SKPG1 menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Penyampaian Cenderhati kepada Juri Pertandingan oleh PK1


 Guru Besar Sk. Padang Garong 1, bergambar dengan pemenang

- Tiga murid SKPG1 terpilih mewakili QIT Bandar ke peringkat Daerah pada bulan September nanti. Tahnniah daripada Warga SKPG1 kepada Guru pembimbing dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima Kasih, terima kasih, terima kasih.


Read More......

DIGI CYBERSAFE PROGRAMME 2012


-Lapan orang murid SKPG1 terlibat.
- Program ini diadakan di SMK DATO' AHMAD MAHER.
-Tarikh: 17 Julai 2012 ( Selasa )
-Masa: 8.30am-11.30am
-Guru pengiring: Admin dan Ust Azhar.
-Sekarang sedang berlangsung acara seperti yang terdapat dalam buku progam
- Ucapan Pengetua SMK.Ahmad Maher
- Ucapan Pengarah BTPN
- Penyampaian Sijil
- Guru dibawa ke dewan untuk mendengar ceramah cybersafe.
-Jam 11.30am tamat dan jamuan.
-Jam 12.00pm sampai ke SKPG1. Bergambar kenangan

Wakil SKPG1 bergambar kenangan dengan Sijil dan Cenderhati yang diperolehi


Read More......

Ahad, 15 Julai 2012

BERTEMU KEMBALI ...

Beberapa hari Admin tak menulis dan mengeluar artikel disebabkan demam dan batuk selepas pulang dari Langkawi.Insyallah selepas ini kita bersama kembali dengan artikel mengenai persiapan puasa dan aktiviti2 yang lepas.
Àdmin...

Read More......

Sabtu, 7 Julai 2012

Bengkel Dan Seminar Pra UPKK

Ust Zulkenan dan Ust Wan Ariff ( Admin )terlibat. Bertempat di Langkawi,Kedah.

Read More......

Khamis, 5 Julai 2012

GURU MU'ALIM, MU'ADDIB, MURABBI, MURSYID DAN MUDDARIS

Khamis,5 Julai 2012,Sejenak Bersama Guru Besar Petang tadi mengerakan admin untuk memamparkan makna yang lebih jitu untuk tatapan sahabat2 semua termasuk admin sendiri tidak berapa arif apa yang dinukilkan oleh Guru Besar.Nasib baiklah Guru Besar tak bertanya kat Admin,tentu semua guru belum faham walaupun pernah mendengarnya.Sama2 lah kita hafal dan dijadikan sebahagian dalam kehidupan kita sebagai warga pendidik.Admin mewakili warga pendidik SKPG1 berterima kasih kepada Tuan Guru Besar kerana menggerakan kita semua. Terima Kasih

Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Dalam Islam tugas guru dikelaskan sebagai:
Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar
Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah
Al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti
Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan
Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran

Mu’allim berasal dari ... perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.

Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi
seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ... (Maksud Al-Qur' an 11 :29)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang
yang beriman (Maksud Al-Qur'an 42:215)
Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.

Read More......

Rabu, 4 Julai 2012

Nisfu Sya'aban - marilah kita berqiamullail pada malam ini..


Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1433 Hijrah) Jatuh ketika Masuknya Waktu Maghrib Pada Hari Rabu (mlm Khamis) 4 Julai 2012.

Pada mlm Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban adalah mlm 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu sebagaimana yg tersebut dlm sebuah Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & berSolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a.

"Mlm ini adalah mlm Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pd mlm Nisfu Syaaban & memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) & melambatkan rahmat & keampunan terhadap org2 yg dengki."

Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya utk bangun mlm & berjaga serta beriktikaf sepanjang mlm kerana tidak mahu amalan diangkat dlm keadaan tidur atau lalai.

Tengok EURO 2012 boleh berjaga malam sampai ke subuh takkan nak qiamullail tak boleh..tepuk dada tanya iman..jangan tepuk dada tanya selera.. :-D

Semoga Allah ampunkan segala dosa kita semua di malam Nisfu Sya'aban pada malam ini..selamat beribadat..

Read More......

Selasa, 3 Julai 2012

Nasihat Dr Yusuf al-Qaradawi Mengenai Sambutan Nisfu Sya`ban


"Apabila tiba bulan Sya`ban, ramai ummat Islam khususnya di Malaysia akan diberitahu oleh para imam dan ustadz-ustadz di masjid mengenai suatu hari yang dipanggil malam Nisfu Sya`ban. Yang mana beberapa kaifiat khusus biasanya diajar kepada masyarakat bagaimana menyambutnya. Mari kita baca apa nasihat dan pandangan ulama muktabar dunia Islam iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai sambutan Nisfu Sya`ban untuk sama-sama kita muhasabah mengenainya:

(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)



**Lain-lain pandangan ulama muktabar seperti al-Hafiz al-`Iraqi, Imam an-Nawawi dan Imam as-Suyuti mengenai sambutan Nisfu Sya`ban boleh dibaca di pautan berikut, insyaALLAH:

Read More......

Isnin, 2 Julai 2012

Sepanyol belasah Itali untuk kejuaraan Euro 2012


Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol menewaskan Itali dengan membelasah skuad 'The Azzuri' itu 4-0 dalam perlawanan akhir Euro 2012, di Stadium Olimpik Kyiv, Ukraine, awal pagi ini.

Gol pertama skuad bimbingan Vicente Del Bosque dijaringkan pemain tengah David Silva pada minit ke-14.

Gol itu berpunca daripada sepakan lintang daripada rakannya Cesc Fabregas di sebelah kiri pintu gol Itali, yantg kemudiannya ditanduk oleh Silva menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon.

Gol kedua pula hadir pada minit ke-41 hasil jaringan pemain bek kiri Sepanyol Jordi Alba yang menerima hantaran 'throughpass' dari Xavi Hernandez sebelum Jordi yang membuat larian melepasi dua pertahanan Itali menyepak masuk ke gawang.

Sementara gol ketiga 'La Roja' pula dijaringkan oleh penyerang gantian Fernando Torres pada minit ke-84 selepas menerima hantaran daripada rakannya Xavi Hernandez.

Pemain gantian Juan Mata menjadi wira Sepanyol apabila menjaringkan gol keempat, empat minit kemudian selepas menerima hantaran Torres yang terlepas daripada perangkap offside.

Sementara itu, bagi skuad 'The Azzuri' pula, mereka turut melancarkan serangan dan gerakan ke arah gol, tetapi disekat pertahanan lawan atau percubaan mereka dinafikan oleh penjaga gol Iker Casillas.

Penyerang berbisa mereka, Mario Balotelli juga tidak dapat bergerak bebas apabila pergerakkannya sentiasa dibayangi permain pertahanan tinggi lampai Gerrard Pique.

Itali juga dirundung malang, apabila bermain 10 orang apabila pemain gantian ketiga mereka - Thiago Motta mengalami kecederaan pada minit ke-60 menyebabkan semua pemain Itali terpaksa bekerja keras untuk mengekang asakan dan serangan Sepanyol selepas itu.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2008.

Read More......

Ahad, 1 Julai 2012

PERHIMPUNAN DALAM 4 BAHASA


Àhad (1/7/2012) Perhimpunan hari ini dihoskan dalam 4 bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Tamil.

Aktiviti semasa perhimpunana pada hari ini, penyampaian hadiah kepada murid SKPG 1  yang cemerlang dalam Ko-Kurikulum oleh PK KO ( En. Ismail bin Aziz ) antaranya:
1. Wakil Tenis
2. Perkhemahan Peringkat Negeri

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...