"Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Jom sama-sama kita belajar…
Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala…
Khamis, 28 Jun 2012
Cara Mengetahui Juzuk Al-quran Melalui Matematik
Selasa, 26 Jun 2012
PERSEMBAHAN PASUKAN KOMPANG DI CIMB BANK
Mengikut Pihak CIMB Bank Cawangan Kota Bharu, mereka akan membekalkan juga sijil penghargaan kepada murid2 yang terlibat menjayakan perlancaran "BIJAK 1 MALAYSIA " TABUNGAN UNTUK ANAK2
Isnin, 25 Jun 2012
MUHD IZZUDIN DARI SKPG1 TERPILIH
Pemilihan Pemain Bola Sepak mewakili Malaysia ke Saitama,Jepun 20-30 Julai 2012.
Muhd Izzudin b. Ahmad Nazihan dari SK.Padang Garong 1 dipilih untuk pemilihan ini, jika ada rezeki, beliau bakal mewakili Malaysia dan seterusnhya mengharumkan nama SKPG 1 di persada Negara. Kita sama2 doakan kejayaan beliau.Ucapan terima kasih daripada Guru Besar kepada adik Muhd Izudin kerana beliau merupakan pelajar pertama dibawah pentadbirannya yang julung2 kali yang mengharumkan nama sekolah, dan terima kasih juga kepada jurulatih Bola Sepak Sekolah Cikgu Zulkanain, Ustaz Abdullah dan Cikgu Mazlan. Tahniah, Tahniah, Tahniah.
Ahad, 24 Jun 2012
PERHIMPUNAN DIHOSKAN 3 BAHASA
Rabu, 20 Jun 2012
IBU UST ABDULLAH MENINGGAL
20 Jun 2012,( Rabu ) Berita yang baru diterima ,Ibu kepada Ust. Abdullah Meninggal Dunia Tenghari ini. Sama2 kita hadiahkan bacaan Al- Fatihah supaya rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yang dirahmati Allah S.W.T
Menurut Cikgu Zulkanain yang berhubung dengan Ust. Abdullah ,diberitahu oleh Ust, bahawa Ibunya akan dikebumikan selepas Solat Asar. Read More......
SEJENAK BERSAMA GURU BESAR
-TAKLIMAT AKAN DIADAKAN PADA JAM 1.15 TENGHARI
-TEMPAT DI MAKMAL KOMPUTER
Guru2 diingatkan supaya membawa bersama :
1.Buku Pengurusan
2.Jadual Kedatangan Murid
3.Buku Catatan Mesyuarat
Sila Hadir
Peperiksaan Hari ketiga

Peperiksaan hari ini hanya tahap 2 yang terlibat, tahap 1 belajar seperti biasa











