29.8.2012,Rabu, Kursus Dalaman kepada semua guru SKPG1 oleh Ustazah Norhayati. Tajuk: Dunia Seni Visual Tahun 3
Read More......
Rabu, 29 Ogos 2012
Selasa, 28 Ogos 2012
MAKLUMAN PENGGUNAAN MAKML KOMPUTR SKPG1
Selasa, 28.8.12, Kepada Warga SKPG 1, Penggunaan Makmal Komputer dihadkan pada tarikh dan masa seperti berikut
Read More......
Sabtu, 18 Ogos 2012
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
26Ramadhan 1433h. Majlis Khatam Al-Quran peringkat Sekolah diadakan. Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar.
Read More......
Ahad, 12 Ogos 2012
Program Makan Colek 2012 Bersama Pengarah JPN
![]() |
Ustaz Shahran ( Penyelia Agama PPD KB ) Memimpin Bacaan Doa |
![]() |
Sebahagian Guru SKPG 1 memeriahkan lagi majlis |
Ucapan Pengarah Pelajaran Kelantan
Dato' Fatmi,Pengarah, Timbalan PPD KB, Ketua Sektor dan YDP PIBG SKPG1 sedang menikmati santapan pelbagai colek.
Read More......
Makan Colek bersama Pengarah
Makan Colek bersama Pengarah Pelajaran Kelantan.
Tarikh: 12.8.2012
Tempat: Dewan Bistari. SKPG1
Masa: 9.30malam
Read More......
Tarikh: 12.8.2012
Tempat: Dewan Bistari. SKPG1
Masa: 9.30malam
Read More......
Jumaat, 10 Ogos 2012
QIYAM WITH ME BERSAMA SULTAN MUHAMAD KE V
21 Ramadhan 1433H. Qiyam With Me cetusan idea Sultan Kelantan diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian. Puluhan ribu rakyat Kelantan memenuhi setiap ruang kawasan Istana. Admin juga turut serta bersama anaknda mengambil kesempatan merebut malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dan julung2 kali diadakan di Istana. Apa yang boleh admin katakan AMAT MENAKJUBKAN. Rugi rakyat kelantan yang tidak hadir.
Read More......
Khamis, 9 Ogos 2012
MAJLIS RUNDINGCARA UPSR 2012 SKPG1
20Ramadhan 1433H. Skpg1 menganjurkan majlis rundingcara UPSR bersama ibubapa bagi pasa ke2 bagi persiapan murid menghadapi UPSR September nanti.
Read More......
Selasa, 7 Ogos 2012
DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR-Sempena Peperiksaan
1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas.
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas.
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)
5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya
Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambaMu dan
pesuruhMu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”
(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
Telah
bersabda Rasulullah: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang
tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
“Ya
Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta
mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah
kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”
10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”
11. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).
12. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”
13. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
(Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy)
14. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
15. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam
Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir
malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca
doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh
petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.
16. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika
kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan
menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing,
eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di
atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
17. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Jika
dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya,
insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu
yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan
untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan.
Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau
projek.
Selamat Beramal
Sumber: http://pmi.eng.usm.my
Read More......
Ahad, 5 Ogos 2012
MAJLIS BERBUKA PUASA SKPG1 2012
16 Ramadhan 1433H bersamaan 5 Julai 2012. Warga SKPG1 mengadakan majlis berbuka puasa peringkat sekolah
Read More......
Khamis, 2 Ogos 2012
Rabu, 1 Ogos 2012
Segenak Bersam Guru Besar dan Pembentangan KSSR PK
12 Ramadhan. Pembentangan KSSR PK oleh Cikgu Faizul
Read More......
Langgan:
Catatan (Atom)